KUALA LUMPUR, 17 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah berikutan langkah pengambilan untung yang berterusan, manakala risiko geopolitik mempengaruhi permintaan terhadap aset selamat itu.
Kontrak semerta bulan Jun 2025 menyusut kepada AS$3,385.60 setiap auns troy daripada AS$3,425.20 pada Isnin, manakala Julai 2025 merosot kepada AS$3,394.10 daripada AS$3,433.70 sebelumnya.
Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 turun kepada AS$3,413.90 setiap auns troy daripada AS$3,453.20 pada Isnin.
Jumlah dagangan melonjak kepada 96 lot daripada 25 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 131 kontrak daripada 61 kontrak.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 16 Jun, harga emas fizikal berada pada AS$3,397.6 setiap auns troy.-BERNAMA