fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 5 Januari - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2024 turun kepada AS$2,048.90 setiap auns troy daripada AS$2,053.80 setiap auns troy pada Khamis manakala Februari 2024 susut kepada AS$2,058.60 setiap auns troy daripada AS$2,063.50 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya turun kepada AS$2,065.10 setiap auns troy daripada AS$2,070 setiap auns troy pada Khamis.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 71 lot daripada 86 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 136 kontrak daripada 156 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 4 Jan, harga emas fizikal berada pada AS$2039.55 setiap auns troy.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN