fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 susut kepada US$2,312.40 setiap auns troy daripada US$2,319.10 setiap auns troy, manakala Julai 2024 merosot kepada US$2,320.00 setiap auns troy daripada US$2,326.30 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya susut kepada US$2,336.00 setiap auns troy daripada US$2,342.30 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan turun kepada 20 lot daripada 29 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39 kontrak daripada 49 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,299.65 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association semasa penetapan petang pada 26 Jun. - BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE