fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.

Pada penutup dagangan, kontrak bagi Januari 2024 susut kepada US$2,013.70 setiap auns troy daripada US$2,025.10 setiap auns troy pada Rabu, manakala Februari 2024 berkurangan kepada US$2,023.50 setiap auns troy daripada US$2,034.90 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 masing-masing turun kepada US$2,030.80 setiap auns troy daripada US$2,041.40 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 40 lot daripada 30 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 105 kontrak daripada 65 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,011.75 setiap auns troy, menurut Persatuan Pasaran Jongkong London menerusi penetapan petang pada 17 Jan, 2023.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN