fb fb fb fb fb

MATRADE kini rakan kongsi hak penjenamaan untuk Stadium Loftus Road

Stadium Loftus Road

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini menjadi rakan kongsi hak penjenamaan untuk Stadium Loftus Road iaitu stadium ikonik kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) di London, United Kingdom (UK).

Perjanjian hak penjenamaan selama tiga tahun itu merupakan platform yang sangat berharga untuk meningkatkan profil MATRADE di UK.

Melalui kenyataan, MATRADE memaklumkan kerjasama berkenaan adalah inovasi pertama untuk kedua-dua pihak menyatukan promosi sukan dan perdagangan dengan cara yang segar dan menarik.

Platform tersebut juga dilihat sebagai penjenamaan bernilai tinggi dan alat pemasaran dalam menambah baik profil Malaysia di UK dan meningkatkan peluang eksport Malaysia ke pasaran tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE