fb fb fb fb fb

Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar dunia pada 2023

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2023, selepas Rusia, Qatar, Australia dan Amerika Syarikat.

Menurut laporan tahunan ke-15 World LNG Report 2024, yang dikeluarkan oleh Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU), jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah sebanyak 26.75 juta tan.

Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA) Abdul Aziz Othman berkata ,pihaknya mengiktiraf peranan penting LNG yang akan ditekankan dalam pelan hala tuju peralihan tenaga Malaysia, yang menjangka permintaan gas meningkat daripada 43 peratus kepada 56 peratus menjelang 2050.

Unjuran kenaikan tersebut menekankan perlunya untuk pemain industri LNG bersedia sepenuhnya bagi memenuhi jangkaan yang semakin meningkat.

Beliau berkata pada masa hadapan, MGA sangat menyokong aspirasi kerajaan untuk pasaran gas yang diliberalisasi sepenuhnya, termasuk sektor tenaga.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE