fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia dijangka kekal dalam mod penyautan minggu depan- Penganalisis

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng

KUALA LUMPUR, 30 Jun- Bursa Malaysia dijangka kekal dalam mod penyatuan minggu depan walaupun pasaran disokong oleh penilaian menarik dan sokongan berterusan daripada institusi tempatan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, ketidaktentuan di peringkat global yang semakin meningkat mungkin akan menyebabkan dagangan lebih berhati-hati untuk minggu hadapan.

"Kami menjangkakan FBM KLCI akan kekal kukuh berikutan penilaian saham tempatan yang menarik dan sokongan berterusan daripada institusi tempatan.

"Oleh itu, indeks penanda asas atau KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,580 ke 1,600 di munggu depan dengan sokongan serta merta kepada 1,575 diikuti oleh 1,565 dan rintangan pada 1,610 diikuti oleh 1,619,"katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, jumlah dagangan meningkat kepada 23.5 bilion unit bernilai RM16.91 bilion berbanding 22.37 bilion unit bernilai RM17.69 bilion pada minggu sebelumnya.

Manakala jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 12.71 bilion saham bernilai RM14.66 bilion daripada 12.93 bilion saham bernilai RM15.49 bilion.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE