fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Setakat pukul 9.30 pagi, bulan semasa baharu Julai 2024 merosot 4.0 mata kepada 1,592.5, Ogos 2024 susut 3.0 mata kepada 1,593.50 serta September 2024 dan Disember 2024, masing-masing berkurangan 5.5 mata kepada 1,578.0 dan 1,583.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,847 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,131 kontrak.

Pada pukul 9.48 pagi, FBM KLCI meningkat 0.90 mata kepada 1,590.99 daripada 1,590.09 pada Jumaat lepas. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA