fb fb fb fb fb

LHDN sedia rangka kerja semakan pematuhan, sokong pelaksanaan e-Invois

Foto LHDN

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyediakan Rangka Kerja Semakan Pematuhan e-Invois (RKe) bagi menyokong pelaksanaan instrumen itu dengan lebih berkesan.

LHDN menerusi kenyataan berkata, hak dan tanggungjawab pegawai audit, pembayar cukai serta ejen cukai terkandung dalam RKe, untuk memastikan semakan pematuhan e-Invois dilaksana secara adil, telus dan saksama.

''Pelaksanaannya juga diharap akan membantu pembayar cukai merancang dan mengurus hal-hal percukaian dengan lebih efektif, menjimatkan masa serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pembayar cukai dan pegawai LHDN, sekali gus memperkasa penyampaian perkhidmatan HASiL kepada rakyat.

''Dokumen ini boleh diakses dan dimuat turun di portal rasmi LHDN sebagai rujukan pihak terlibat,'' jelas agensi itu.

Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, boleh menghubungi LHDN melalui Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara).

Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh menggunakan HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

AHMAD ASHRAF BIN AB RAHMAN