fb fb fb fb fb

Langkah BNM sokong kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 November- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa susulan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM36.91 bilion daripada RM38.95 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dana Islam turut turun kepada RM25.34 bilion daripada RM26.46 bilion.

Terdahulu, BNM telah melaksanakan masing-masing dua tender pasaran wang konvensional dan dua tender repo berbalik.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM36.9 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM25.3 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 27 Nov, 2023. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA