KUALA LUMPUR, 23 September - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM34.81 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam RM18.53 bilion.
Pada hari ini, bank pusat itu mengendalikan satu tender repo berbalik RM2.0 bilion dan tender repo berbalik Islam RM300 juta, kedua-duanya bagi tempoh matang selama tujuh hari.
Sementara itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.8 bilion dan RM18.8 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA