fb fb fb fb fb

Pasaran getah meningkat ketika akhiri sesi dagangan petang ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 November- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pemulihan harga minyak mentah selepas sentimen disokong oleh prestasi menggalakkan di pasaran ekuiti global, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran turut dipacu oleh jangkaan lebih banyak langkah rangsangan yang akan dilaksanakan oleh China.

“Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh nilai ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) dan petunjuk yang lebih lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah prospek pertumbuhan global yang lebih perlahan tahun depan,” katanya.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 5.5 sen sekilogram (sekg) kepada 684.0 sen sekg manakala lateks pukal peroleh 0.5 sen sekg kepada 546.0 sen sekg.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 ialah pada 680.0 sen sekg manakala lateks pukal pada 546.0 sen sekg.- BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA