fb fb fb fb fb

Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan sehingga tengah hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Januari - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan sehingga tengah hari pada Isnin.

Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024, Mac 2024 dan Jun 2024 masing-masing disandarkan pada 97.23.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar.

Kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.68 peratus di pasaran tunai semasa penetapan pada pukul 11 pagi. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF