fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada tengah hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.

Pada rehat tengah hari, kontrak bulan semerta Januari 2024 naik 11.50 mata kepada 1,501.5, Februari 2024 meningkat 11.0 mata kepada 1,502.0, Mac 2024 menambah 10.5 mata kepada 1,487.0 dan Jun 2024 naik 8.5 mata kepada 1,487.0.

Jumlah dagangan sebanyak 6,047 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,165 kontrak.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI naik 0.55 peratus atau 8.18 mata kepada 1,495.79 daripada 1,487.61 pada Jumaat lepas.- BERNAMA

TAG: niaga hadapan KLCI, Bursa Malaysia Derivatives, tengah hari

ROSLINA BINTI DIN