KUALA LUMPUR, 15 Januari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih tinggi pada Isnin.
Semasa rehat tengah hari, kontrak bagi bulan semasa Januari 2024 serta Jun 2024 masing-masing menambah 10 mata kepada 1,498.5 dan 1,487.0 manakala Februari 2024 melonjak 12 mata kepada 1,501.0 dan Mac 2024 menokok 11.5 mata kepada 1,486.5.
Jumlah dagangan sebanyak 3,218 lot manakala kepentingan terbuka pada 41,898 kontrak.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.67 mata kepada 1,496.01 daripada 1,487.34 ketika ditutup pada Jumaat lepas.- BERNAMA