fb fb fb fb fb

Kontrak niaga hadapan FBM KLCI didagangkan rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan rendah semasa sesi awal pada Rabu.

Pada pukul 9.23 pagi, Ogos 2024 dan September 2024 masing-masing turun 7.5 mata kepada 1,651.5 dan 1,631.0 manakala Disember 2024 susut 7.0 mata kepada 1,636.0 sementara Mac 2025 naik 1.0 mata kepada 1,623.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,374 lot manakala minat terbuka pada 47,103 kontrak.

Indeks FBM KLCI berkurang 4.62 mata kepada 1,638.15 daripada 1,642.77 ketika ditutup semalam, selepas 44 minit dagangan. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA