fb fb fb fb fb

Kelonggaran kemasukan tanpa visa Malaysia-China, mampu rancakkan industri pelancongan & penerbangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Disember- Kelonggaran syarat kemasukan tanpa visa di antara Malaysia dan China dijangka memanfaatkan industri penerbangan.

Capital A, menerusi kenyataan memaklumkan ia diharap mampu memacu keuntungan memberangsangkan bagi kumpulan pada suku tahun keempat.

Pencapaian tersebut disokong transformasi jenama daripada syarikat penerbangan kepada pembekal perkhidmatan berkaitan penerbangan dan pelancongan.

Syarikat juga berhasrat mengoperasikan 187 pesawat menjelang hujung tahun, pada kadar 80 peratus pengoperasian berbanding fasa pra pandemik.

Syarikat induk AirAsia itu mencatat kerugian lebih rendah pada RM178.82 juta untuk suku tahun ketiga 2023 berakhir 30 September.

Peningkatan pendapatan disokong pemulihan permintaan dalam segmen pelancongan domestik dan antarabangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE