fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM40.07 bilion dan RM17.57 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional RM1 bilion selama tujuh hari dan dua tender repo berbalik melibatkan tender RM1.5 bilion bertempoh 33 hari dan tender RM500 juta untuk 93 hari.

Selain itu, BNM telah mengumum ia akan menerbitkan tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) RM2.0 bilion selama 31 hari pada 27 Okt, ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM40.6 bilion dan tender semalaman murabahah sebanyak RM17.6 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN