fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur stabil dengan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.61 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM33.93 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional merangkumi tender RM800 juta bagi tempoh tujuh hari dan tender RM500 juta selama 14 hari serta dua tender repo berbalik RM1 bilion masing-masing bagi tempoh 34 hari dan 91 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM33.9 bilion.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI