fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM25.32 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.97 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM3.1 bilion untuk tujuh hari.

Ia juga akan menawarkan dua tender repo terbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) yang terdiri daripada RM200 juta selama tujuh hari dan RM400 juta bagi 92 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.4 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM27.6 bilion.

-- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE