fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 25 April - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM32.88 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.24 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik RM1 bilion bagi 32 hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM33.9 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM15.3 bilion.

Bank pusat menjelaskan pihaknya berhak untuk menolak bidaan bank bagi tender semalaman jika kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum pukul 4 petang.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN