fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM23.32 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM25.37 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta masing-masing bagi tempoh tujuh hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion selama 32 hari dan 91 hari.

BNM akan menjalankan tender Qard bernilai RM400 juta selama tujuh hari.

Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar selama satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.7 bilion dan RM24 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA