fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka stabil minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, bank pusat itu mengendalikan operasi harian dengan menjalankan tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM26.80 bilion daripada RM20.30 bilion Jumaat lepas.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai susut kepada RM28.20 bilion berbanding RM33.69 bilion sebelum itu.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 17 Julai 2025. -BERNAMA

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN