fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Februari - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM39.25 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.54 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta masing-masing selama tujuh hari dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM500 juta bagi tempoh tujuh hari.

BNM akan turut melaksanakan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion masing-masing selama 29 hari dan 92 hari dan dua tender repo berbalik Islam (SBBA) bernilai RM700 juta, masing-masing selama 29 hari dan 92 hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM40.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM23 bilion.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN