fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM28.91 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.09 bilion dalam dana Islam. 

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM2 bilion untuk tujuh hari dan RM3 bilion untuk 30 hari serta tender repo berbalik Islam (SBBA) bernilai RM250 juta untuk tujuh hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM22.3 bilion.- BERNAMA

 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI