fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.08 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.27 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 34 hari dan 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.1 bilion dan RM20.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN