fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 13 April- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, bank pusat itu melaksanakan operasi setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender-tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard dan Bil Antara Bank Islam BNM.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini jatuh kepada RM21.65 bilion berbanding RM26.54 bilion yang disaksikan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, kecairan berkurangan kepada RM17.81 bilion daripada RM20.53 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 9 April.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM