fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Mac- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil pada minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini berkurangan kepada RM28.63 bilion daripada RM29.11 bilion pada minggu sebelumnya.

Selain itu, dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai turun kepada RM19.66 bilion daripada RM21.48 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 14 Mac, 2024.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN