fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM37.81 bilion daripada RM38.90 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM29.09 bilion daripada RM34.17 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Qard serta tender Bil-Bil Antara Bank Bank Negara.

Ia turut menawarkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta kemudahan komoditi Murabahah bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM37.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM29.10 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus pada 4 Januari.-BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN