fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 27 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.20 bilion daripada RM31.20 bilion pagi ini manakala dana Islam susut kepada RM12.83 bilion daripada RM16.36 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik semalaman.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM12.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 26 September 2024.-BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM