fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 26 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun sedikit kepada RM44.21 bilion daripada RM44.45 bilion pagi tadi dan mudah tunai dana Islam berkurangan menjadi RM17.61 bilion daripada RM22.01 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM44 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM17.60 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah 3.01 peratus pada 25 September- BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu