fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.94 bilion daripada RM29.58 bilion pada pagi ini manakala dalam dana Islam ia merosot kepada RM19.34 bilion daripada RM25.98 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Bank pusat menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM30.9 bilion daripada RM29.6 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.30 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 19 Feb, 2024.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI