fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 17 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM21.24 bilion berbanding RM22.60 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM14.20 bilion daripada RM16.53 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua satu tender repo berbalik dan mengumumkan pengeluaran Bil bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM21.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM14.20 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 16 April, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA