fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bagi minggu ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo terbalik Islam.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini berkurangan kepada RM35.30 bilion daripada RM41.04 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menyusut kepada RM21.40 bilion daripada RM23.14 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 25 Julai.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN