fb fb fb fb fb

Industri minyak dan gas huluan Malaysia kekal menarik bagi pelabur- BMI

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Industri huluan minyak dan gas Malaysia diunjur kekal rancak dan terus menarik minat pelabur asing.

Menurut syarikat penyedia data dan analitik, BMI, ia dibuktikan menerusi penyertaan dalam pusingan bidaan petroleum sebelum ini.

Firma milik Fitch Solutions menjelaskan, sektor itu bersedia mencatat pertumbuhan selanjutnya tahun ini, didorong usaha kerajaan dalam mempromosikan blok luar pesisir untuk penerokaan

Pada 2023, segmen huluan minyak dan gas negara mencatat kemajuan ketara apabila Petronas dan kontraktor aturan petroleum merekodkan 21 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian penerokaan.

BMI dalam analisisnya memaklumkan, penemuan baharu akan meningkatkan usaha negara mengimbangi penyusutan pengeluaran dan menyokong pengeluaran dan eksport gas asli cecair; LNG.

Bagi suku pertama 2024, negara telah menandatangani sembilan kontrak perkongsian pengeluaran; PSC.

Petronas turut melancarkan Pusingan Bidaan Malaysia 2024 yang menawarkan lima blok penerokaan dan lima kluster peluang sumber ditemui; DRO kepada pelabur berpotensi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE