fb fb fb fb fb

Maybank IB anggar pertumbuhan KDNK bulanan lebih kukuh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Maybank Investment Bank Bhd menganggarkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar; KDNK bulanan lebih kukuh sebanyak 4 peratus tahun ke tahun bagi Malaysia.

Firma penyelidikan itu memaklumkan, unjuran tersebut didorong kesan asas yang kukuh dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Ini termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian yang melantun 4.3 peratus tahun ke tahun dan peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 1.6 peratus Januari lalu.

Menurut Maybank IB, Indeks Perdagangan Pengedaran pula mengekalkan momentum pertumbuhan pada 3.5 peratus dari 3.4 Disember pada 2023.

Petunjuk lain seperti peningkatan indeks pengurus pembelian pembuatan dan pemulihan eksport pada Januari turut menjadi pemangkin kepada unjuran pertumbuhan KDNK yang dijangkakan pada 4.4 peratus tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE