fb fb fb fb fb

Empat institusi bank dikenakan penalti monetari - BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran terhadap empat bank ekoran pelanggaran peraturan kewangan.

BNM dalam kenyataan memaklumkan empat institusi perbankan itu ialah Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), HSBC Bank Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd.

''Penalti kewangan pentadbiran berjumlah RM493,500 dikenakan ke atas BPMB kerana tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 serta Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.

'Bank pusat turut mengenakan penalti kewangan pentadbiran sebanyak RM3.26 juta ke atas HSBC Bank Malaysia Bhd (HBMY) dan HSBC Amanah Malaysia Bhd (HBMS),'' menurut BNM.

BNM juga memaklumkan, pada 3 Mac 2025 ia mengenakan penalti sebanyak RM1.2 juta ke atas Maybank Islamic Bhd.

Penalti itu dikeluarkan kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Dokumen Dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM