fb fb fb fb fb

Eksport kukuh, jualan sektor pembuatan terus meningkat – DOSM

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mei - Nilai jualan sektor pembuatan negara meningkat 3.7 peratus kepada RM164.3 bilion pada Mac 2025, berbanding RM153.1 bilion pada Februari.

Demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dipacu oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau yang melonjak 11.8 peratus.

Diikuti subsektor elektrik dan elektronik (7.4%) serta produk logam dan mineral bukan logam (4.0%).

Industri berorientasikan eksport kekal dominan dengan sumbangan 70.9 peratus daripada jumlah jualan, meningkat 4.6 peratus, manakala industri domestik pula tumbuh 1.8 peratus.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 2.39 juta pekerja terlibat dalam sektor ini dengan bayaran gaji dan upah berjumlah RM8.4 bilion, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun lalu.

Bagi suku pertama 2025, nilai jualan keseluruhan mencecah RM475.6 bilion, naik 4.0 peratus berbanding suku sebelumnya.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN