fb fb fb fb fb

Axiata lepaskan ekuiti dalam Ncell, tidak lagi beroperasi di Nepal.

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Kumpulan Axiata tidak lagi beroperasi di Nepal selepas melepaskan ekutinya dalam syarikat Ncell Axiata Limited.

Axiata Investments (UK) Limited, milik penuh Kumpulan Axiata memeterai perjanjian jual beli tanpa syarat dengan Spectrlite UK Limited membabitkan penjualan Reynolds Holding Limited yang memegang kira-kira 80 peratus kepentingan ekuiti dalam Ncell Axiata Ltd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata keputusan meninggalkan Nepal adalah berdasarkan penilaian terperinci situasi perniagaan di negara itu.

"Tindakan meneruskan operasi dalam ketidaktentuan pengawalseliaan dan pencukaian tidak adil adalah sesuatu yang bukan lagi mapan untuk Axiata".

Axiata memasuki pasaran Nepal pada 2016, susulan pengambilalihan Reynolds pada harga belian 1.37 bilion dolar Amerika, dengan 80 peratus kepentingan ekuiti.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD