fb fb fb fb fb

ASEAN usaha perkenal dasar EV, kukuh rantaian bekalan serantau

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Negara anggota ASEAN sedang berusaha ke arah memperkenalkan dasar kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada inisiatif kemampanan serantau dan mempercepat peralihan kepada tenaga bersih.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perbincangan mengenai penyeragaman bateri dan infrastruktur pengecasan EV rentas sempadan telah dimulakan dalam kalangan pegawai kanan dan pemimpin ASEAN.

"Di luar penyeragaman bateri, penyepaduan rantaian bekalan serantau adalah penting. ASEAN mesti mengukuhkan rantaian bekalan yang saling berkaitan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran, mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran luar, dan memupuk daya tahan ekosistem automotif," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan ASEAN Unity Drive Flag Off, di ibu negara, hari ini.

Tambah beliau, inisiatif tersebut bertujuan menangani kebimbangan pemandu EV serta menggalakkan pembangunan rantaian bekalan serantau yang lebih berdaya tahan dalam sektor automotif.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN