fb fb fb fb fb

Akaun ketiga KWSP dilaksana April 2024

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 21 November- Akaun ketiga ataupun akaun fleksible Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ketika ini kerajaan sedang meneliti kaedah terbaik dalam pelaksanaannya agar tidak menjejaskan pendapatan pencarum KWSP.

Akaun ketiga diperkenalkan berikutan kerajaan tidak bercadang melaksanakan lagi pengeluaran bersasar dana KWSP.

"Akaun ketiga itu adalah daripada peratusan tertentu daripada sumbangan caruman dan hanya boleh dikeluarkan untuk kecemasan. Maksud kecemasan itu akan diperincikan nanti",kata Ahmad selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial Asean ke-40 di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD