fb fb fb fb fb

Kiswah baharu Kaabah dipasang

Pekerja menukar Kiswah yang melitupi Kaabah./REUTERS

MEKAH, 26 Jun - Penutup baharu atau kelambu khas untuk Kaabah dikenali sebagai Kiswah ditukar dan dipasang pada Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Hijrah.

Kain tersebut diperbuat daripada sutera hitam bersulam benang emas dan dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ia tradisi yang dihormati dan penting menunjukkan umat Islam bersiap sedia menyambut tahun baharu dalam kalendar Islam.

Kiswah baharu ini dibuat setiap tahun untuk dipasang pada Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. - REUTERS

KHAIRUL AMRI BIN YASIN