fb fb fb fb fb

Zelensky gesa PBB bertindak segera

(FOTO AFP)

KIEV, 6 April - Ukraine menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera terhadap Rusia.

Malah Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky secara lantang mencabar badan dunia itu ditutup, jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap Moscow.

Zelensky membuat gesaan itu pada sesi pidato khas berhubung konflik Rusia-Ukraine.


(Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky)

Beliau menyifatkan, tindakan tentera penceroboh terhadap orang awam di Bucha dan bandar-bandar lain adalah satu keganasan.

Seruan kepada 15 negara anggota Majlis Keselamatan itu katanya, bertujuan memastikan keamanan dan keselamatan antarabangsa.-AFP

Media Baharu