fb fb fb fb fb

Zelensky buat penampilan mengejut di Anugerah Grammy ke-64

LAS VEGAS, 5 April- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, membuat penampilan mengejut dalam satu rakaman video di Anugerah Grammy ke-64.

Zelensky meminta sokongan bagi negaranya dan merayu agar artis terkemuka industri menyebarkan kesedaran mengenai peperangan menerusi muzik.

Zelensky membuat kenyataan mengenai krisis yang sedang berlaku di negaranya sebelum persembahan penyanyi John Legend.

Dalam ucapan ringkasnya Zelensky menyatakan pemuzik negaranya menyanyi untuk mangsa yang cedera di hospital.

"Warga Ukraine mempertahankan kebebasan mereka untuk hidup, untuk mencintai, dan untuk menyanyi," katanya.

(Zelensky buat penampilan mengejut di pentas Anugerah Grammy ke-64)

Kemunculan Zelensky pada malam acara muzik terbesar di Amerika Syarikat itu dibuat ketika kemarahan dunia terhadap tuduhan jenayah perang Rusia di Ukraine memuncak.

Beliau secara langsung menyalahkan pemimpin di Moscow atas penyeksaan dan pembunuhan orang awam di Ukraine. -AFP

Media Baharu