fb fb fb fb fb

Zelenskiy berterima kasih atas sokongan AS

UKRAINE, 7 September - Presiden Volodymyr Zelenskiy menzahirkan penghargaan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken atas sokongan AS terhadap Ukraine, dalam pertemuannya di Kiev.

Dalam pertemuan itu, Zelenskiy turut melahirkan rasa terima kasihnya kepada Presiden AS, Joe Biden dan bantuan yang diterima dalam sektor tenaga menjelang musim sejuk.

Blinken merupakan pegawai tertinggi AS yang pertama melawat Kiev sejak serangan balas bermula pada awal Jun.

Beliau memberi jaminan kepada Zelenskiy mengenai sokongan negara itu untuk memberikan bantuan jangka panjang bagi membina Ukraine. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu