SEPANYOL, 7 September - Penduduk Villamanta berkongsi pengalaman mereka ketika bandar Sepanyol dilanda banjir besar akibat daripada hujan lebat.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga orang maut dan tiga hilang.
Kebanyakan jalan serta laluan kereta api bawah tanah dan sambungan kereta api berkelajuan tinggi ditutup, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Hujan lebat secara tiba-tiba pada Ahad menyebabkan air sungai melimpah dan menutupi jalan dengan banjir lumpur sekali gus menghanyutkan kenderaan di wilayah Madrid, Castile-La Mancha, Catalonia dan Valencia.
Hujan batu tururn turun di banyak kawasan.
Seorang penduduk dari Villamanta yang dikenali Victor, berkata perkara paling mendesak ialah membaiki sekolah yang mengalami kerosakan besar.
Sementara itu, Gema yang bekerja dalam perkhidmatan pembersihan majlis itu, menahan sebak menceritakan detik cemas ketika air deras menyebabkan semua tingkat bawah rumahnya, musnah.
Kerosakan paling teruk berlaku di wilayah Toledo dan Madrid. - REUTERS
(FOTO REUTERS)