fb fb fb fb fb

Zelenskiy, Starmer berbincang sebelum bertemu Trump dan Putin

Foto REUTERS

LONDON, 14 Ogos - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, bertemu Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, di London pada Khamis bagi membuat penilaian menjelang pertemuan penting antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, di Alaska pada Jumaat.

Zelenskiy, yang berada di Jerman semalam, bekerjasama dengan pemimpin Eropah bagi mendesak Trump supaya tidak membiarkan Putin memecah-belahkan wilayah Ukraine, dalam sidang kemuncak itu.

Pada Rabu, Trump menyertai mesyuarat maya anjuran Jerman bersama pemimpin Eropah, termasuk Zelenskiy, yang berusaha menetapkan garis sempadan sebelum sidang kemuncak itu bagi menamatkan perang di Ukraine.

Zelenskiy menegaskan beliau telah memberi amaran kepada Trump bahawa pemimpin Rusia itu hanya berpura-pura berhasrat menamatkan perang.

Trump kemudian memberi amaran akan mengenakan “akibat yang berat” sekiranya Putin enggan bersetuju menamatkan konflik, dan walaupun tidak memperincikan bentuk tindakan tersebut, beliau sebelum ini pernah memberi amaran mengenai sekatan ekonomi sekiranya pertemuan pada Jumaat itu tidak membuahkan hasil.

Kenyataan dan hasil mesyuarat maya pada Rabu itu dilihat mampu memberi suntikan semangat kepada Kiev menjelang sidang kemuncak berkenaan. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM