fb fb fb fb fb

'Youtuber' cipta mesin rumput laser

AMERIKA SYARIKAT, 3 Oktober- Seorang 'Youtuber', Daniel Riley mencipta mesin pemotong rumput dengan pancaran laser berkuasa tinggi.

Riley menerusi saluran Youtube 'rctestflight' popular dengan video inovasi teknologi.

Video ciptaan terbaharunya itu menunjukkan Riley berjaya memotong rumput tanpa menggunakan sebarang bilah.

Riley menggunakan laser dengan kuasa 40 watt, iaitu kira-kira 8,000 kali ganda lebih kuat daripada penunjuk laser.

(Video di Youtube 'rctestflight' menunjukkan Riley melakukan banyak uji kaji
sebelum berjaya memotong rumput dengan alat ciptaannya itu)

Riley memasang laser pada gimbal berbucu 3D supaya ia boleh berputar dengan mudah.

Dia bermula dengan menguji kuasa dan mendapati laser tersebut membakar rumput, bukan memotongnya.

Selepas banyak pelarasan dilakukan, Riley berjaya mencipta vakum untuk menyedut bilah rumput tegak untuk laser memotongnya.

Media Baharu