fb fb fb fb fb

'Hulk', 'Batman' cuci tingkap di Kanada

KANADA, 3 Oktober- Sekumpulan pencuci tingkap membuat kemunculan berpakaian seperti adiwira bagi menghiburkan pesakit di sebuah hospital kanak-kanak di Kanada.

Beberapa karakter adiwira pujaan kanak-kanak yang cukup dikenali itu berkumpul bagi menjayakan "Superhero Day".

Pesakit dan ahli keluarga di hospital terbabit berasa teruja melihat adiwira kesukaan masing-masing membersihkan tingkap di luar bilik mereka.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @Goodable, kelihatan pesakit kanak-kanak tersenyum menghampiri tingkap untuk berinteraksi dan bergambar dengan kumpulan adiwira tersebut.

(Kemunculan 'Hulk' menceriakan pesakit di wad kanak-kanak
di sebuah hospital di Kanada / Foto Twitter @Goodable)

Selain menghiburkan pesakit kanak-kanak, pekerja pembersihan itu turut membawa poster tertera kata-kata semangat.

Usaha murni kumpulan pencuci tingkap berkenaan mendapat pujian warga maya.

Media Baharu