fb fb fb fb fb

Xi Jinping kritik NATO berhubung pengeboman kedutaan China di Yugoslavia 1999

Foto Reuters

BELGRADE, 7 Mei - Presiden China, Xi Jinping pada Selasa mengkritik NATO susulan pengeboman kedutaan negara itu di Yugoslavia pada 1999.

Jinping turut memberi amaran bahawa Beijing tidak akan membenarkan sejarah tragik itu berulang kembali", kata Jinping menerusi tulisannya di akhbar Serbia, Politika.

"Hari ini pada 25 tahun lalu, NATO dengan bangganya mengebom Kedutaan China di Yugoslavia membunuh tiga wartawan China", tulis Jinpeng di Politika.

"Tragedi ini tidak seharusnya dilupakan. Rakyat China kini hidup dalam keadaan damai, tetapi kita tidak akan membenarkan sejarah hitam ini berulang", tambah Jinping.

Kota Balgrade merupakan perhentian kedua selepas lawatan pertamanya ke Eropah sejak pabdemik COVID-19.

Lawatan Jinping ke Serbia bertepatan dengan tarikh ulang tahun ke-25 peristiwa pengeboman kedutaan China di Balgrade yang didakwa dirancang oleh CIA mengakibatkan tiga orang warga China terkorban.

Jinping dijangka tiba di Balgrade pada Selasa selepas lawatan di Perancis yang menyaksikan perbincangan bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron melibatkan pelbagai topik termasuk Perang di Ukraine.

Dalam pada itu, Jinping memuji hubungan di antara China dan Serbia yang dianggap akrab.

China melabur berbilion dolar di Sebia dan negara balkan yang lain terutamanya dalam bidang perlombongan dan pembuatan. Tahun lalu, Beijing dan Belgrade menandatangani perjanjian berkaitan perdagangan bebas.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD